Welcome

Selamat Datang Camalia Cake House Blog

Jumaat, 27 Disember 2013

Roti Pisang

Roti Pisang
Oleh:Nurhidayah Shaltes
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:

3 biji pisang ranum, dilenyek
1/3 cawan mentega, dicairkan
1 cawan gula (Jika ingin kurang manis, boleh guna 3/4 cawan)
1 biji telur, dipukul
1 suduh teh vanilla ekstrak
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
secubit garam
1 1/2 ccawan tepung gandum

Cara-cara:

Resepi ini tidak memerlukan mixer.
1. Panaskan oven ke 350°F (175°C).
2. Di dalam mangkuk besar, campurkan mentega yang dicairkan kedalam pisang yang telah dilenyek dan gaul.
3. Masukkan gula, telur yang telah dipukul dan vanilla dan gaulkan.
4. Masukkan juga baking soda dan baking powder bersama garam ke dalam campuran dan kacau hingga semua bahan sebati.
5. Akhir sekali, masukkan tepung dan kacau dengan senduk hingga semua bahan sebati.
6. Masukkan campuran ke dalam loaf pan 4x8 inci yang telah di letak cooking spray atau mentega supaya tidak melekat.
7. Bakar untuk 1 jam. Sejukkan di atas rak. Keluarkan roti pisang dari loaf pan dan sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan