Welcome

Selamat Datang Camalia Cake House Blog

Isnin, 6 Januari 2014

Promosi






PM FB untuk Tempahan ^_^


Kaedah Mengubah Dirimu

KAEDAH MENGUBAH DIRI MU

Jadi, apa kata kita cuba kaedah berikut untuk mengubah diri :

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah. Jangan jadi seperti ‘ketam mengajar anak berjalan betul’ nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri.

Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah.


Kredit : Datuk Dr Maznah Hamid...Tq Datuk ^_^

Fokus Yang Best Sahaja

FOKUS YANG BEST JE....

Setiap hari macam-macam yang kita akan hadapi.Ada yang selalu dapat berita baik, ada yang selalu dapat berita tak gembira.

Tapi semua tu terpulang pada seseorang juga.Bagaimana dia melihat sesuatu keadaan dan bagaimana dia handle titik fokus dia.

Kalau diikutkan, semua orang menghadapi masalah atau cabaran yang sama setiap hari.Jangan ingat mereka yang berjaya tu tak ada cabarannya.Dan jangan ingat anda saja yang diuji dengan dugaan demi dugaan.

Kalau pasal dugaan macam ni.....
•kena reject
•customer hutang
•susah dapat pekerja yg bagus
•ejen tak aktif
•modal untuk rolling
•orang tak appreciate
•kena kritik

Kalau dugaan macam ni, semua orang pun hadapi juga
.Cuma yang membezakannya ialah tahap fokus seseorang itu.

Apa yang dia fokus?..

Setiap hari, dari awal pagi lagi, dia fokus dan expect mendapat berita gembira dari Allah setiap hari.Dia berangan hari ni mesti dia akan dapat berita gembira.Tak kisah berita apa sekalipun, pasal bisnes atau pasal kerja atau pasal personal.Yang penting semuanya good news belaka.

Maafkan saya, dulu staff saya selalu update pasal kek yang ada return bila dorang hantar ke outlet-outet.Yang bertambah tak bestnya, dorang update awal-awal pagi.Bukan tak nak tau pasal return atau komplen..tapi itu bukan fokus utama.Walaupun sebenarnya yang return tu tak banyak mana, kadang-kadang 2 biji je, atau 5 biji retur.Tapi getaran yang sampai amatlah tak best.

Jadi, saya mintak staff saya tukar style. Saya mintak dorang update berapa kek yang habis dan update outlet-outlet yang keknya habis lucin.Kalau nak citer pasal yang return, citerlah petang-petang...Alhamdulillah, lepas tu semuanya dengar update-update yang best-best jer..Nampak thumbs up jer dalam whattsap tu...Bukan tak ada yang return, tapi kalau kita tak fokus ke situ, nampak sale pun makin meningkat.Betul....best tau!!...

Kalau pagi-pagi dah dengar citer sedih ni, atau citer eksiden ke, jalan jem ke...alangkah tak bestnya getaran yang kita beri....boleh kasi pecah aura orang lain tau..Kalau dengan berita yang kita bawak tu membuatkan orang lain risau, takut, berdebar, kecewa...Bermaksud, nampak tak betapa walaupun kecil apa yang kita sebutkan, memberi erti yang sangat besar kepada orang lain dan boleh mempengaruhi kehidupan dia.Nampak tak contribution kita pada orang lain?..

Makin teruk lagi, sebab kata-kata u yang tak best tu lama-lama masuk dalam subconcious mind dia tanpa sedar dan dipilih menjadi program atau pemikiran dia...dan itulah rupanya punca dia berjaya atau gagal dalam hidup.Nak ke contribute kegagalan untuk hidup orang lain?..Paling teruk orang yang kita pengaruhi pulak adalah pasangan kita sendiri atau anak-anak kita sendiri?..Amacam?...

Jadi, pilihlah untuk berkata-kata yang baik-baik dan menghiburkan saja....Terutamanya pagi-pagi, jangan pecah aura kita sendiri dan pecahkan aura orang lain dengan angin kita yang tak menentu..Ada yang pagi-pagi lagi dah marah-marah...

Kesiannn...., apa kata pagi-pagi kita start puji Allah, bersyukur, supaya kita nampak banyaknya nikmat yang Allah bagi tak putus-putus pada kita...Kita juga boleh start puji orang atau share happiness dengan orang tentang kejayaan dia.

Jangan terlalu menyebut tentang "masalahnya....." atau "cabarannya..." kerana orang yang selalu menyebut tentang masalah akan menarik banyak masalah...Nak?..Saya tak nak..saya nak tarik kekayaan dan kejayaan jer..nak tarik citer-citer yang happy saja...


Copy Paste : Dr Azizan Osman ^_^

Promosi Tahun Baru Cina 2014


Sabtu, 4 Januari 2014

Tutorial: Cara-Cara Membuat Aiskrim Homemade

Resepi : Camalia Cake House
Gambar : Camalia Cake House
Olahan/Cara-Cara: Camalia Cake House

BAHAN-BAHAN

1) 2sdb Ovalete



2) 1 Biji Telur Ayam (Jika Suka/Perlu)



3)  1 Tin Susu Cair



3) 1/2 Tin Susu Pekat ( Setengah Sahaja )



4) 1sdt Esen Vanilla

5) 1Titik Pewarna Kesukaan

CARA-CARA

1) Mixerkan telur ayam






2) Masukkan 1sdt Esen Vanilla 



3) Masukkan 2sdb Ovalete



4) Masukkan 1Tin Susu Cair ( Lihat contoh-1Tin Itu Habis Digunakan )



5) Masukkan 1/2 Tin Susu Pekat ( Lihat Contoh- Setengah Tin Sahaja )



6) Mixerkan Semua Adunan Sehingga Kembang



7) Letakkan Pewarna Kegemaran





8) Letakkan Dalam Bekas ( Simpan/Corakkan Mengikut Citarasa/Kreaktiviti Anda) Dan Simpan Dalam Peti Sejuk Beku Selama 4jam Atau Semalaman.

Nota: Sila Rujuk  ( CARA MENCORAKKAN AISKRIM HOMEMADE CCH )- Rujuk Nota : Untuk Mendapatkan Corak Seperti Contoh:


Hasilnya..Nyamannnn











Selamat Mencuba ^_^