Resepi : Camalia Cake House
Olahan : Camalia Cake House
Hak Milik Gambar : Camalia Cake House
Asas Resepi Span Kek Berserta Gambar
Bahan A
- 4 Biji telur ayam gred a
- 1 cawan gula halus
- 1 sdb ovalete
- 1sdt esen vanilla
1) Pukul/Mixer semua bahan di atas sehingga kembang dan bertukar warna putih (marguine)
2) Sediakan Loyang yang telah digris dengan mantega dan dilapis dengan 'baking paper - seperti contoh dibawah
Bahan B ( Dicampur dan diayak bersama )
- 1 Cawan tepung kek
- 1 Sdb tepung Jagung
- 1sdt baking powder
- 1sdt soda bicarbonate
Bahan C
- 4 Sdb susu segar/susu cair pun boleh
- 4 sdb minyak jagung
3) Masukan bahan B dan bahan C secara berselang seli ke dalam adunan bahan A
4) Panaskan ketuhar/oven terlebih dahulu.
5) Masukan adunan ke dalam loyang.
6) Bakar pada suhu 180c selama 15-20minit bergantung dengan oven masing-masing.
Ini adalah gambar kek selepas beberapa minit ke dalam oven/ketuhar
Sejukan kek terlebih dahulu sebelum dihias atau disimpan.
(Opsss tayang tangan ku yg mulus terlebih dahulu :P)
CCH sedang buka lapisan 'baking paper td~~~
Tadaaa.. Nak tengok kegebuaan kek ini?
Sory r ini tempahan cust tak kan CCH nak 'potong kek ini pula kan hehe..
sy akan buat entry untuk::
RESEPI ASAS KEK SPAN BERCORAK...TUNGGUU YAA^_^
Terima Kasih Sudi Membaca
P/S : Untuk sesiapa yang teringin belajar atau mempunyai pertanyaan boleh PM fb Camalia Cake House ( CCH) kami sedia membantu anda, kami akan menjawab pertanyaan apabila mempunyai masa yang terluang, dan yang bestnya 100% PERCUMA.. Belajar secara ONLINE lah ye ^^
Salam Sayang Dari Kami CCH ^^
Selamat Mencuba ^_^