Welcome

Selamat Datang Camalia Cake House Blog

Selasa, 17 Disember 2013

Resepi Asas Kek Span Bercorak

Resepi Asas Kek Span Bercorak

Resepi : Camalia Cake House
Olahan : Camalia Cake House
Hak Milik Gambar : Camalia Cake House

Asas Resepi Span Kek Bercorak Berserta Gambar

Bahan A

  • 4 Biji telur ayam gred a
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sdb ovalete
  • 1sdt esen vanilla
1) Pukul/Mixer semua bahan di atas sehingga kembang dan bertukar warna putih (marguine)

2) Sediakan Loyang yang telah digris dengan mantega dan dilapis dengan 'baking paper - seperti contoh dibawah


Bahan B ( Dicampur dan diayak bersama )
  • 1 Cawan tepung kek 
  • 1 Sdb tepung Jagung
  • 1sdt baking powder
  • 1sdt soda bicarbonate
Bahan C
  • 4 Sdb susu segar/susu cair pun boleh
  • 4 sdb minyak jagung
3) Masukan bahan B dan bahan C secara berselang seli ke dalam adunan bahan A
4) Ambil separuh Adunan yang telah dicampur semua dan dititik pewarna kesukaan (purple pilihan CCH kali ini )
5) Letak adunan bertompok ke atas adunan ( sila lihat contoh gambar dibawah)

Letakan adunan berwarna putih terlebih dahulu


Tompok-tompokan adunan yang berwarna ke atas adunan yang tidak berwarna



Lorek menggunakan 'chopstik ( lihat contoh )



Tadaaa!!! Gebusss ya..  nyumm biar pun tiada cream atau filling percaya lah sedap dimakan sambil minum nescafe 3in1 yeahh ^^


Opsss Menguji kegebusan kek!!!



Masa untuk makan..Jemput Semua ^_^

Banyak CCH sertakan pic semoga membantu yaa..
















Terima Kasih Sudi Membaca

P/S : Untuk sesiapa yang teringin belajar atau mempunyai pertanyaan boleh PM fb Camalia Cake House      ( CCH) kami sedia membantu anda, kami akan menjawab pertanyaan apabila mempunyai masa yang terluang, dan yang bestnya 100% PERCUMA.. Belajar secara ONLINE lah ye ^^

Salam Sayang Dari Kami CCH ^^

Selamat Mencuba ^_^








Tiada ulasan:

Catat Ulasan