Welcome

Selamat Datang Camalia Cake House Blog

Selasa, 17 Disember 2013

Resepi Asas Span Kek

Resepi : Camalia Cake House
Olahan : Camalia Cake House
Hak Milik Gambar : Camalia Cake House

Asas Resepi Span Kek Berserta Gambar

Bahan A

  • 4 Biji telur ayam gred a
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sdb ovalete
  • 1sdt esen vanilla
1) Pukul/Mixer semua bahan di atas sehingga kembang dan bertukar warna putih (marguine)

2) Sediakan Loyang yang telah digris dengan mantega dan dilapis dengan 'baking paper - seperti contoh dibawah

Bahan B ( Dicampur dan diayak bersama )
  • 1 Cawan tepung kek 
  • 1 Sdb tepung Jagung
  • 1sdt baking powder
  • 1sdt soda bicarbonate
Bahan C
  • 4 Sdb susu segar/susu cair pun boleh
  • 4 sdb minyak jagung
3) Masukan bahan B dan bahan C secara berselang seli ke dalam adunan bahan A


4) Panaskan ketuhar/oven terlebih dahulu.
5) Masukan adunan ke dalam loyang.



6) Bakar pada suhu 180c selama 15-20minit bergantung dengan oven masing-masing.



Ini adalah gambar kek selepas beberapa minit ke dalam oven/ketuhar


Sejukan kek terlebih dahulu sebelum dihias atau disimpan. 




(Opsss tayang tangan ku yg mulus terlebih dahulu :P)
CCH sedang buka lapisan 'baking paper td~~~


Tadaaa.. Nak tengok kegebuaan kek ini? 
Sory r ini tempahan cust tak kan CCH nak 'potong kek ini pula kan hehe..
sy akan buat entry untuk::

RESEPI ASAS KEK SPAN BERCORAK...TUNGGUU YAA^_^




Terima Kasih Sudi Membaca

P/S : Untuk sesiapa yang teringin belajar atau mempunyai pertanyaan boleh PM fb Camalia Cake House      ( CCH) kami sedia membantu anda, kami akan menjawab pertanyaan apabila mempunyai masa yang terluang, dan yang bestnya 100% PERCUMA.. Belajar secara ONLINE lah ye ^^

Salam Sayang Dari Kami CCH ^^

Selamat Mencuba ^_^





Tiada ulasan:

Catat Ulasan