Welcome

Selamat Datang Camalia Cake House Blog

Khamis, 26 Disember 2013

Meninggkatkan Nilai Diri


Bagaimana meningkatkan nilaian diri anda :

1.BINA KEYAKINAN DIRI . 
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ. Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan. Yang pasti, ia berbentuk positif dan anda berjaya . Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha melaksanakannya, bukan sekadar berangan-angan kosong saja.

2.DAMPINGI ORANG LAIN.
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain. Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang. Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .

3.BERTOLAK ANSUR DENGAN KESEMPURNAAN. 
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Jadi, potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin. 

4.JAGA PERWATAKAN DIRI. 
Perwatakan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri. Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .

5.DAPATKAN KEREHATAN. 
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh bersenam, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perasaan mendapat ketenangan .

6.HORMATI DIRI. 
Senaraikan 50 ciri-ciri diri anda yang positif. Jika anda tidak dapat menyenaraikan semuanya, fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta tuliskan beberapa ciri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka mengenai anda. Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri .

7. UTAMAKAN DIRI. 
Lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda, untuk anda, setiap hari.

8.CABAR POTENSI DIRI.
Anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar. Inilah caranya untuk menguji potensi diri kerana cabaran itu, anda akan lebih yakin dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh.

9.CARI KEISTIMEWAAN DIRI.
Apabila anda tertekan atau menghadapi masalah, kadangkala anda secara spontan mendapat ilham untuk menghadapinya. Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap.

10.JADILAH SEORANG YANG OPTIMIS.
Bersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa disebabkan pengalaman lalu. Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukanNya. Teruskan BERDOA!

11.HINDARI SIKAP PRASANGKA.
Apabila rakan anda bertindak kasar, anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti dia seorang yang kasar. Cuma kekasaran ini mempunyai sebab-sebab tertentu. Cuba dekati dan fahami perasaannya .

12 BERTINDAK SEJAJAR DENGAN NILAI.
Kadangkala konflik nilai boleh berlaku. Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar dengan tindakan anda. Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya.


KREDIT : DATUK DR MAZNAH HAMID ( IRON LADY )

THANK DATUK ^_^

Bahan Asas Untuk Apam Polkadot


Pengukus




Acuan Lompang




Acuan Lompang Dan Cup size kecil ( cup untuk almond london size )




Tepung Gandum




Tepung Gandum + Gula Halus + Serbuk Penaik




Telur Ayam




Susu Cair




Ovalete + Esen Vanilla 




Piping Bag













Cara-cara/Resepi Rainbow Cupcake Camalia Cake House

Cara-cara/Resepi Rainbow Cupcake Camalia Cake House
Kredit : Resepi Rainbow Cupcake ( Kelas Kek CCH )

Resepi : Camalia Cake House
Gambar : Camalia Cake House
Olahan : Camalia Cake House

VERSI HOMEMADE 1

Bahan-Bahan

Telur Ayam A 5Biji
1 sdt Esen Vanilla
2 sdb Ovalete
3 sdb Minyak Masak/Jagung/
3 sdb Air Masak
1 1/3 Cawan Tepung PriMIX Cupcake CCH

Cara-Cara



( Sebelum itu, yang penting dan wajib rendam dan cuci bersih telur ayam )


( Lap telur hingga kering menggunakan kain bersih )


( CCH lebih selesa letak/pecahkan telur ke dalam bekas lain sebelum dimasukan ke dalam mixer, tujuannya adalah dapat mengasingkan kulit telur jika ada yang termasuk/terikut semasa pecahkan telur )


( Mixer yang bersih, kering dan 5 biji telur ayam sedia untuk dimixer )


1 ) Mixerkan 5biji telur ayam tadi secara serentak


( Mixer sedang memutar telur )


2 ) Masukkan 1sdt Esen Vanilla


3) Masukkan 2sdb Ovalete


( Telur + Esen Vanilla + Ovalete yang telah bertukar menjadi warna putih, kembang mixerkan lagi selama 5minit sehingga menjadi marguine )



( Sediakan Tepung PreMIX Cupcake CCH )


( Telur yang telah kembang )


( Inilah yang dikatakan MARGUINE atau BERTANDUK )


4 ) Masukkan Tepung PreMIX CCH - Sambil Kaupbalikkan adunan


( Adunan yang dikaupbalikkan- P/S: Jangan masukkan sekaligus tepung PreMIX tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengaupbalikkan adunan )


5 ) Masukkan 3sdb Air Masak



5 ) Masukkan lebihan Tepung PreMIX tadi ( Sekiranya anda telah masukkan 1 cawan tepung PreMIX, Masukkan lebihan tepung PreMIX 1/3tadi )


6 ) Kemudian masukkan bahan yang terakhir iaitu 3sdb Minyak Masak.


( Panaskan oven terlebih dahulu )


( Sediakan Kertas/Cup Cupcake - Contoh diatas adalah size Medium )


( Bahagikan adunan kepada 4 bahagian )



( Sediakan pewarna/perisa kegemaran )


( Adunan yang diletakan pewarna/perisa )


( Adunan yang telah diletakkan pewrana/perisa dan telah dikacau sebati )

Cara Melapis/Mencorak Cupcake Rujuk Disini ----> Sini



( Cupcake yang telah siap dicorakkan )


7 ) Bakar pada suhu 180c selama 15minit atau mengikut oven masing-masing







( Hasilnya..^_^ )

Bahagia rasanya dapat memberi tutorial di blog ini, untuk anda yang baru belajar untuk membuat saya percaya anda mampu melakukanya jika ada minat dan semangat yang tidak mudah putus asa

Semoga Tutorial bergambar ini mampu untuk membantu anda sedikit tentang Cupcake

Selamat Mencuba..
^_^