Welcome

Selamat Datang Camalia Cake House Blog

Jumaat, 27 Disember 2013

Resepi White Chocolate & Cranberries Muffins

White Chocolate & Cranberries Muffins
Oleh:Noor Abdul Rahim
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan :

2 cawan tepung naik sendiri (2 cawan tepung gandum + 2 sudu kecil baking powder)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula halus (fine sugar)
1 biji telur
70g yogurt
1 cawan susu segar (contoh - dutch lady full cream milk)
75g butter
150g coklat putih
60g cranberries


Cara-cara :

1. Ayak tepung bersama garam. Kalau gunakan tepung gandum, ayak baking powder bersama.
2. Cairkan butter dan coklat putih. Api kecil dan sentiasa kacau jgn sampai butter dan coklat hangus. Setelah cair, tutup api.
3. Satukan gula, telur, yogurt dan susu di mangkuk. Kacau rata.
4. Masuk kan mentega dan coklat cair, kacau rata.
5. Masuk kan cranberries dan tepung. Kacau hanya sekadar cukup digaul. Jangan terlalu banyak kacau nanti akan menyebabkan muffin kurang lembut.
6. Masuk kan kedalam acuan atau kertas muffin yg terlebih dahulu telah disapukan minyak atau mentega supaya muffin tak melekat.
7. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 20 - 25 minit.

Resepi Caramel choc moist cake

Caramel choc moist cake
Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
LIKE: www.facebook.com/bukuresepi

Sumber resipi : Nazziah Zie Jol
Resipi choc moist cake : Munira Baharum
( Boleh dikukus or steam bath bakar)

Cara membuat karamel:

Tabur 2 sudu besar gula pasir dalam loyang saiz 8 inci. Letakkan loyang atas dapur dan guna api kecil sahaja. Masak hingga gula cair dan kekuningan. Angkat dan ketepikan sehingga sejuk. Sementara itu sediakan lapisan kastad.

Cara membuat kastad (resipi asal):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur

Satukan semua bahan dan kacau perlahan2 jangan sampai berbuih. Tuang atas karamel yang dah sejuk dan kukus atau bakar secara steam bath (masukkan loyang berisi kastad ke dalam loyang lebih besar berisi air panas dan bakar) selama 15 minit. Sejukkan sebelum dimasukkan adunan kek atasnya.

Cara saya membuat kastad :
Saya gandakan resipi untuk kastad ni supaya lebih tebal dan sy ubah skit resipinyer mengikut citarasa sy sendiri..resipi asal guna telur kuning jer tp sy guna whole eggs (kuning dan putih telur) dan sy kurangkan sukatan gula..ni cara sy yer..

1 tin susu cair
3 biji telur grade B
60g gula castor
Sedikit esen vanilla..
Cara buat sama macam di atas. Saya tapis dahulu bahan2 yang digaul rata sebelum dimasukkan ke dalam acuan.

Cara membuat kek choc moist:

Bahan A:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (tak suka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn gula (tak suka manis letak 1/2 cwn je dah ok)
1 cwn minyak masak (sy guna 3/4 cawan sj)

bahan B (diayak):
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

bahan C:
4 biji telur dipukul sedikit

Satukan bahan A dan masak atas api perlahan hingga sebati. Ketepikan biar sejuk. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A dan gaul hingga sebati. Bila adunan kastad telah sejuk, cucuk permukaannya perlahan2 dengan garfu dan tuangkan adunan kek di atasnya. Kukus atau bakar secara steam bath 50 minit hingga sejam hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum diterbalikkan atas bekas hidangan..

Resepi Chocolate Chip Oreo Cookies

Chocolate Chip Oreo Cookies
Credit :www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:
1/2 cawan butter (113g) - suhu bilik
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan gula halus (gula putih)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 packet biskut Oreo (packet yg panjang / 13 keping) - dipotong 4
1 cawan chocolate chips

Cara-cara :
1. Pukul butter, brown sugar & gula halus hingga kembang.
2. Masuk kan esen vanila & telur. Pukul hingga sebati.
3. Masuk kan tepung, baking powder & garam yg telah diayak terlebih dahulu. Gaul rata.
4. Masuk kan chocolate chips & biskut Oreo.
5. Ambil sesudu & letak kan keatas dulang pembakar. Leperkan sedikit. Jarak kan 2 centimetre antara adunan.
6. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 12 - 15 minit.

Resepi Aiskrim Homemade

Resepi Aiskrim Homemade

1 tin susu cair
Suku tin susu pekat manis
1 bj telur ayam
1 penutup esen vanilla
1 sudu besar ovellet

Cara2nya
Satu kan semua bahan diatas ltk dlm mangkuk mixer, putar dgn kelajuan sederhana sehingga gebu dan pekat..da siap bahagikan jd 3 bahagian yg sama banyak, letak kan perisa kegemaran anda, pastu sejuk beku kan selama 4 jam, tapi seelok- eloknya semalaman..ok da beku bole dimakan bersama roti, wafel atau enak dimakan begitu saja

Bahan perisa

Oreo crush
3 keping biskut oreo buang jemnye patah2 kn
1/2 penutup lagi esen vanilla

Perisa Strawberry
1 penutup esen strawberry
Pewarna pink
Strawbery filling secukupnya
dry cranberies

Perisa Coklat
1 pentup coklat emulco
Pewarna coklat
Sedikit coklat ganache + 1 sudu besar serbuk koko
Coklat chips secukupnya

Kek Lumut

Kek Lumut

bahan2 :

5 biji telur (gred A)
200g mentega
1/4 cawan gula kastor
1 cawan nestum (kisar bleh x nak kisar pun xpe)
1/2 cawan serbuk badam
1/2 cawan horlick
1 sudu kecil pes pandan
1/2 botol besar warna hijau (30ml) *sya x guna habis
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
Cara2:

* pukul mentega + gula kastor + pes pandan hingga kembang dan berkrim (guna kelajuan max)
* masukkan telur sebiji dan pukul sebati (guna kelajuan perlahan)
* kemudian,masukkan sebiji lagi telur dan pukul lagi
* ulangi proses ini sehingga habis
* masukkan susu pekat dan pitar sehingga sebati
* masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan horlick,serbuk badam dan nestum.kacau sebati
* Tuang adunan kedalam loyang 8x8x3 inch
*Tutup dengan foil yang disapu dengan sedikit butter (supaya permukaan kek tidak melekat pada foil)
*Kukus selama lebih kurang 1 jam atau sehingga masak.
* tambah air panas jika air dalam kukusan hampir kering.
* setelah masak,sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong...

Kek Minyak

KEK MINYAK
Oleh:Ziela Lewis
Like :www.facebook.com/pages/Camalia-Cake-House-Fanpage
Like:www.facebook.com/bukuresepi

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder.
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
pewarna

Cara-cara
1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.
5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak

JAPANESE COTTON CHEESECAKE

JAPANESE COTTON CHEESECAKE
Oleh:Rafidah Mat Noor
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 camb jus lemon
1/4 camt garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 camt jus lemon
1/4 sudu teh cream of tartar

Cara-caranya;
1. Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler.
2. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
3. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus
lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati.
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama krim tartar, sampai
berbuih-buih (foamy).
5. Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
6. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah
gebu tu & kacau sampai sebati.
7. Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digriskan
bawahnya & tepi tu salut dengan kertas baking.
8. Tuang adunan kek dalam tin kek. Bakar kek dalam kira-kira sejam,
dengan cara au bain-marie (waterbath), pd 160°C

Butter Cake

Butter Cake
Bahan-bahan :

180g butter
30g gula
3 biji telur diasingkan putih dari kuning
1 sudu kecil esen vanila
150g tepung naik sendiri
45ml susu (kurang lebih 3 sudu makan)
tambahan : 70g gula


Cara-cara :

1. Pukul mentega bersama 30g gula hingga kembang.
2. Masuk kan kuning telur sebiji demi sebiji sambil pukul adunan.
3. Masuk kan esen vanila dan gaul rata.
4. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian. Masuk kan bahagian pertama, gaul rata. Masuk kan setengah dari susu dan gaul rata. Ulang proses tepung dan susu (berselang seli)
5. Setelah selesai, ketepikan.
6. Di bekas berasingan, pukul putih telur dari 3 biji telur tadi bersama 70g gula. Pukul hingga pekat seperti meringue.
7. Masuk kan adunan putih telur ke dalam adunan cake. Kacau hingga sebati.
8. Bakar pada suhu 160 darjah celcius lebih kurang antara 30 - 35 minit.

Roti Pisang

Roti Pisang
Oleh:Nurhidayah Shaltes
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:

3 biji pisang ranum, dilenyek
1/3 cawan mentega, dicairkan
1 cawan gula (Jika ingin kurang manis, boleh guna 3/4 cawan)
1 biji telur, dipukul
1 suduh teh vanilla ekstrak
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
secubit garam
1 1/2 ccawan tepung gandum

Cara-cara:

Resepi ini tidak memerlukan mixer.
1. Panaskan oven ke 350°F (175°C).
2. Di dalam mangkuk besar, campurkan mentega yang dicairkan kedalam pisang yang telah dilenyek dan gaul.
3. Masukkan gula, telur yang telah dipukul dan vanilla dan gaulkan.
4. Masukkan juga baking soda dan baking powder bersama garam ke dalam campuran dan kacau hingga semua bahan sebati.
5. Akhir sekali, masukkan tepung dan kacau dengan senduk hingga semua bahan sebati.
6. Masukkan campuran ke dalam loaf pan 4x8 inci yang telah di letak cooking spray atau mentega supaya tidak melekat.
7. Bakar untuk 1 jam. Sejukkan di atas rak. Keluarkan roti pisang dari loaf pan dan sedia untuk dihidangkan.

Hokkaido Cupcakes

Hokkaido Cupcakes
Oleh:Noor Abdul Rahim
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan cupcake:
3 biji kuning telur
20g gula caster
35ml minyak jagung
45ml susu segar penuh cream
60g cake flour - diayak

5 biji putih telur
40g gula caster

Bahan bahan filling :
200ml whipped cream
2 sudu besar icing sugar
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
1. Pukul kuning telur bersama 20g gula sehingga pekat & pucat. (gunakan mixer)
2. Masuk kan minyak jagung. Kacau rata
3. Masuk kan susu & dikacau rata.
4. Masuk kan tepung cake, dikacau hingga sebati & diketepikan dahulu.
5. Di bekas berasingan pukul putih telur hingga berbuih.
6. Sambil memukul, masuk kan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga kesemua gula habis & adunan putih telur jadi kental & berkilat.
7. Masuk kan setengah putih telur kedalam adunan kuning telur. Gaul rata.
8. Masuk kan keseluruhan putih telur & kacau hingga sebati.
9. Masuk kan kedalam mangkuk cupcakes & bakar pada suhu 165 darjah celcius antara 20 - 25 minit.
10. Sementara tunggu cake sejuk, buat filling. Satukan kesemua bahan bahan filling & putar hingga kental sesuai untuk dipipekan kedalam cupcake.
11. Setelah cupcake sejuk, masuk kan filling kedalam piping bag yg telah dibubuh nozzle di hujungnya.
12. Cucuk kan nozzle di tengah tengah cupcake & pipekan filling kedalam cupcake.
Hokkaido Cupcakes
Oleh:Noor Abdul Rahim
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan cupcake:
3 biji kuning telur
20g gula caster
35ml minyak jagung
45ml susu segar penuh cream
60g cake flour - diayak

5 biji putih telur
40g gula caster

Bahan bahan filling :
200ml whipped cream
2 sudu besar icing sugar
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
1. Pukul kuning telur bersama 20g gula sehingga pekat & pucat. (gunakan mixer)
2. Masuk kan minyak jagung. Kacau rata
3. Masuk kan susu & dikacau rata.
4. Masuk kan tepung cake, dikacau hingga sebati & diketepikan dahulu.
5. Di bekas berasingan pukul putih telur hingga berbuih.
6. Sambil memukul, masuk kan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga kesemua gula habis & adunan putih telur jadi kental & berkilat.
7. Masuk kan setengah putih telur kedalam adunan kuning telur. Gaul rata.
8. Masuk kan keseluruhan putih telur & kacau hingga sebati.
9. Masuk kan kedalam mangkuk cupcakes & bakar pada suhu 165 darjah celcius antara 20 - 25 minit.
10. Sementara tunggu cake sejuk, buat filling. Satukan kesemua bahan bahan filling & putar hingga kental sesuai untuk dipipekan kedalam cupcake.
11. Setelah cupcake sejuk, masuk kan filling kedalam piping bag yg telah dibubuh nozzle di hujungnya.
12. Cucuk kan nozzle di tengah tengah cupcake & pipekan filling kedalam cupcake.

Mini Pavlova

RESEPI MINI PAVLOVA
Oleh:Yus Koniciwa
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan :

4 biji putih telur

1 cawan gula kastor atau nak kurang manis pun boleh 3/4 cawan

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan

2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
(Non dairy whipping cream)

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. 3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. 4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula.6- Masukan bahan dalam piping lepas tu picitkan kedalam cawan kertas.7- Panaskan oven pada suhu 110' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

8- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 110'C. Masak selama 45minit atau sehingga masak.Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
 — 

Kek Gula Hangus

kek gula hangus
Oleh:Qaseira Ummi
cc : www.facebook.com/bukuresepi 

Bahan:-

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega
Cara Membuat:-

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar bakar dlm 45 mint dgn kepanasan 150

Resepi Cupcake Pelangi

Resepi dari ( Label  Kongsi resepi ) adalah rujukan CCH dari sumber lain dan bukan resepi asal CCH

cupcake pelangi
Oleh:Abjar Gendut
Like Sumber : www.facebook.com/bukuresepi

bahan-bahan:
11/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 cawan mentega - suhu bilik
3/4 cawan gula castor
3 biji telur (putih sahaja)
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar
secubit garam

cara-cara:
1. ayak tepung, baking powder & garam
2. pukul mentega & gula sehingga kembang, gebu & putih
3. masukkan esen vanilla, pukul perlahan kemudian masukkan tepung gandum selang seli dengan susu
4. guna spatula untuk kaup balik adunan
5. bahagikan adunan kepada 5 bahagian & warna ikut suka
6. tompok-tompok adunan dalam papercup
7. bakar 160-170C selama 20 minit atau sehingga masak

Khamis, 26 Disember 2013

Meninggkatkan Nilai Diri


Bagaimana meningkatkan nilaian diri anda :

1.BINA KEYAKINAN DIRI . 
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ. Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan. Yang pasti, ia berbentuk positif dan anda berjaya . Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha melaksanakannya, bukan sekadar berangan-angan kosong saja.

2.DAMPINGI ORANG LAIN.
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain. Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang. Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .

3.BERTOLAK ANSUR DENGAN KESEMPURNAAN. 
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Jadi, potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin. 

4.JAGA PERWATAKAN DIRI. 
Perwatakan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri. Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .

5.DAPATKAN KEREHATAN. 
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh bersenam, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perasaan mendapat ketenangan .

6.HORMATI DIRI. 
Senaraikan 50 ciri-ciri diri anda yang positif. Jika anda tidak dapat menyenaraikan semuanya, fikirkan seseorang yang begitu meminati dan menghormati anda serta tuliskan beberapa ciri diri positif yang pernah di perkatakan oleh mereka mengenai anda. Anda pasti berasa gembira dan lebih menerima serta menghormati diri anda sendiri .

7. UTAMAKAN DIRI. 
Lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda, untuk anda, setiap hari.

8.CABAR POTENSI DIRI.
Anda perlu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan tetapi mencabar. Inilah caranya untuk menguji potensi diri kerana cabaran itu, anda akan lebih yakin dengan tindakan dan akhirnya mempertingkatkan lagi kejayaan diri supaya harga diri juga terbina kukuh.

9.CARI KEISTIMEWAAN DIRI.
Apabila anda tertekan atau menghadapi masalah, kadangkala anda secara spontan mendapat ilham untuk menghadapinya. Inilah keistimewaan yang ada dalam diri anda dan seharusnya diperkukuhkan supaya diri anda lebih mantap.

10.JADILAH SEORANG YANG OPTIMIS.
Bersikap pesimis bukanlah suatu kesalahan kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa disebabkan pengalaman lalu. Namun sikap ini boleh mendatangkan keburukan sekiranya terlalu dipegang atau dipercayai kerana tidak ada sesuatu keadaan yang tidak boleh berubah kecuali apa yang telah ditentukanNya. Teruskan BERDOA!

11.HINDARI SIKAP PRASANGKA.
Apabila rakan anda bertindak kasar, anda akan lebih mengenalinya tetapi ini tidak bererti dia seorang yang kasar. Cuma kekasaran ini mempunyai sebab-sebab tertentu. Cuba dekati dan fahami perasaannya .

12 BERTINDAK SEJAJAR DENGAN NILAI.
Kadangkala konflik nilai boleh berlaku. Terokai nilai diri anda berdasarkan beberapa insiden yang dialami supaya anda lebih prihatin dengan nilai itu dan ia sejajar dengan tindakan anda. Anda boleh mencapai matlamat yang diidamkan dengan mengamalkan cara-cara yang telah diberikan supaya menjadi manusia berjaya.


KREDIT : DATUK DR MAZNAH HAMID ( IRON LADY )

THANK DATUK ^_^

Bahan Asas Untuk Apam Polkadot


Pengukus




Acuan Lompang




Acuan Lompang Dan Cup size kecil ( cup untuk almond london size )




Tepung Gandum




Tepung Gandum + Gula Halus + Serbuk Penaik




Telur Ayam




Susu Cair




Ovalete + Esen Vanilla 




Piping Bag













Cara-cara/Resepi Rainbow Cupcake Camalia Cake House

Cara-cara/Resepi Rainbow Cupcake Camalia Cake House
Kredit : Resepi Rainbow Cupcake ( Kelas Kek CCH )

Resepi : Camalia Cake House
Gambar : Camalia Cake House
Olahan : Camalia Cake House

VERSI HOMEMADE 1

Bahan-Bahan

Telur Ayam A 5Biji
1 sdt Esen Vanilla
2 sdb Ovalete
3 sdb Minyak Masak/Jagung/
3 sdb Air Masak
1 1/3 Cawan Tepung PriMIX Cupcake CCH

Cara-Cara



( Sebelum itu, yang penting dan wajib rendam dan cuci bersih telur ayam )


( Lap telur hingga kering menggunakan kain bersih )


( CCH lebih selesa letak/pecahkan telur ke dalam bekas lain sebelum dimasukan ke dalam mixer, tujuannya adalah dapat mengasingkan kulit telur jika ada yang termasuk/terikut semasa pecahkan telur )


( Mixer yang bersih, kering dan 5 biji telur ayam sedia untuk dimixer )


1 ) Mixerkan 5biji telur ayam tadi secara serentak


( Mixer sedang memutar telur )


2 ) Masukkan 1sdt Esen Vanilla


3) Masukkan 2sdb Ovalete


( Telur + Esen Vanilla + Ovalete yang telah bertukar menjadi warna putih, kembang mixerkan lagi selama 5minit sehingga menjadi marguine )



( Sediakan Tepung PreMIX Cupcake CCH )


( Telur yang telah kembang )


( Inilah yang dikatakan MARGUINE atau BERTANDUK )


4 ) Masukkan Tepung PreMIX CCH - Sambil Kaupbalikkan adunan


( Adunan yang dikaupbalikkan- P/S: Jangan masukkan sekaligus tepung PreMIX tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengaupbalikkan adunan )


5 ) Masukkan 3sdb Air Masak



5 ) Masukkan lebihan Tepung PreMIX tadi ( Sekiranya anda telah masukkan 1 cawan tepung PreMIX, Masukkan lebihan tepung PreMIX 1/3tadi )


6 ) Kemudian masukkan bahan yang terakhir iaitu 3sdb Minyak Masak.


( Panaskan oven terlebih dahulu )


( Sediakan Kertas/Cup Cupcake - Contoh diatas adalah size Medium )


( Bahagikan adunan kepada 4 bahagian )



( Sediakan pewarna/perisa kegemaran )


( Adunan yang diletakan pewarna/perisa )


( Adunan yang telah diletakkan pewrana/perisa dan telah dikacau sebati )

Cara Melapis/Mencorak Cupcake Rujuk Disini ----> Sini



( Cupcake yang telah siap dicorakkan )


7 ) Bakar pada suhu 180c selama 15minit atau mengikut oven masing-masing







( Hasilnya..^_^ )

Bahagia rasanya dapat memberi tutorial di blog ini, untuk anda yang baru belajar untuk membuat saya percaya anda mampu melakukanya jika ada minat dan semangat yang tidak mudah putus asa

Semoga Tutorial bergambar ini mampu untuk membantu anda sedikit tentang Cupcake

Selamat Mencuba..
^_^

Selasa, 24 Disember 2013

Cara-Cara Mendeco/Melapis Cupcake Rainbow Versi Camalia Cake House (CCH)


Sediakan cup kek cawan



Adunan yang telah dibahagi dan diwarnakan



1) Masukkan adunan yang berwarna Pink dahulu ( 2sdb )


2) Masukkan adunan berwarna biru 2sdb 
 (pastikan diletak tepat ditenggah2 adunan yang berwarna pink tadi )


3) Cara seperti Langkah 2



4) Langkah seperti 2 juga hehe



Hasilkan mengikut kreaktiviti dan Citarasa ^_^

Mudah bukan!!
Sekarang anda boleh hasilkan sendiri rainbow cupcake ^^

Terima Kasih Dan Semoga Maju Jaya...