Welcome

Selamat Datang Camalia Cake House Blog

Jumaat, 27 Disember 2013

Butter Cake

Butter Cake
Bahan-bahan :

180g butter
30g gula
3 biji telur diasingkan putih dari kuning
1 sudu kecil esen vanila
150g tepung naik sendiri
45ml susu (kurang lebih 3 sudu makan)
tambahan : 70g gula


Cara-cara :

1. Pukul mentega bersama 30g gula hingga kembang.
2. Masuk kan kuning telur sebiji demi sebiji sambil pukul adunan.
3. Masuk kan esen vanila dan gaul rata.
4. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian. Masuk kan bahagian pertama, gaul rata. Masuk kan setengah dari susu dan gaul rata. Ulang proses tepung dan susu (berselang seli)
5. Setelah selesai, ketepikan.
6. Di bekas berasingan, pukul putih telur dari 3 biji telur tadi bersama 70g gula. Pukul hingga pekat seperti meringue.
7. Masuk kan adunan putih telur ke dalam adunan cake. Kacau hingga sebati.
8. Bakar pada suhu 160 darjah celcius lebih kurang antara 30 - 35 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan