Welcome

Selamat Datang Camalia Cake House Blog

Jumaat, 27 Disember 2013

Hokkaido Cupcakes
Oleh:Noor Abdul Rahim
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan cupcake:
3 biji kuning telur
20g gula caster
35ml minyak jagung
45ml susu segar penuh cream
60g cake flour - diayak

5 biji putih telur
40g gula caster

Bahan bahan filling :
200ml whipped cream
2 sudu besar icing sugar
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
1. Pukul kuning telur bersama 20g gula sehingga pekat & pucat. (gunakan mixer)
2. Masuk kan minyak jagung. Kacau rata
3. Masuk kan susu & dikacau rata.
4. Masuk kan tepung cake, dikacau hingga sebati & diketepikan dahulu.
5. Di bekas berasingan pukul putih telur hingga berbuih.
6. Sambil memukul, masuk kan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga kesemua gula habis & adunan putih telur jadi kental & berkilat.
7. Masuk kan setengah putih telur kedalam adunan kuning telur. Gaul rata.
8. Masuk kan keseluruhan putih telur & kacau hingga sebati.
9. Masuk kan kedalam mangkuk cupcakes & bakar pada suhu 165 darjah celcius antara 20 - 25 minit.
10. Sementara tunggu cake sejuk, buat filling. Satukan kesemua bahan bahan filling & putar hingga kental sesuai untuk dipipekan kedalam cupcake.
11. Setelah cupcake sejuk, masuk kan filling kedalam piping bag yg telah dibubuh nozzle di hujungnya.
12. Cucuk kan nozzle di tengah tengah cupcake & pipekan filling kedalam cupcake.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan