Welcome

Selamat Datang Camalia Cake House Blog

Sabtu, 28 September 2013

Mahu keputusan segera: Jangan Mudah Putus Asa.

MAHU KEPUTUSAN SEGERA…JANGAN CEPAT PUTUS ASA!


Keputusan segera adalah tidak mustahil, tetapi kadangkala anda memerlukan masa tambahan untuk selarikan tenaga anda dengan keinginan anda. Jika anda tidak dapat selarikan tenaga anda dengan betul, anda mungkin tidak dapat mencapai matlamat anda.

Kemahuan untuk mendapat keputusan atau ganjaran yang segera selalunya membuatkan seseorang itu mengambil masa untuk selarikan tenaga mereka. Jadi sebenarnya ia mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Penyakit ‘PUTUS ASA’ pun menjadi faktor kegagalan. Ini berpunca daripada keinginan untuk mendapat hasil, ganjaran dan keputusan yang segera. Salah satu daripada sebab mengapa anda berputus asa terlalu cepat adalah kerana anda melihat kepada halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang sementara sebagai bukti dan alasan, mengapa anda tidak boleh mencapai matlamat anda.

Apabila ianya terjadi anda menyalahkan diri anda sendiri, ataupun program-program pembangunan diri, kursus-kursus motivasi, seminar, buku dan lain-lain lagi sebagai penyebab ketidakupayaan anda untuk mencapai matlamat dan anda akan berputus asa dengan cepat.

Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum matinya.

Jangan bersedih hati, teruslah berjuang walau rintangan banyak menghadang. Jangan cepat menyerah dan teruslah berjuang. Perbaiki apa yang kurang dan perbanyak muhasabah diri. Berkali kita gagal, lekaslah bangkit dan cari akal, berkali kita jatuh, lekas berdiri dan jangan mengeluh. Orang hebat adalah orang yang selalu belajar dan belajar dari kegagalan yang dialaminya.

Teruskan perjuangan mu wahai teman!!!

Kredit : Datuk Dr Maznah Hamid ( Iron Lady ) ^_^

Motivasi Diri

SAATNYA KITA PERLU BERANI BERUBAH!!!

Berjaya mengatasi masalah akan menghantarkan kita pada posisi yang baik untuk mengatasi masalah berikutnya. Kejayaan kita akan menjadi bekalan yang sangat baik untuk mencapai kejayaan-kejayaan selanjutnya.

Orang yang kaya menjadi lebih kaya bukan kerana harta yang dimilikinya, namun kerana arah yang betul dalam usaha dan kehidupannya; tindakan yang betul dalam langkah-langkahnya, sehingga kejayaan itu akan muncul berulang-ulang kali!

Kalau dalam kehidupan, kita melihat yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. Memang itu yang terjadi. Sekarang lihatlah kehidupan kita. Apakah kita makin kaya atau makin miskin? Jika kita makin miskin, maka segeralah bertukar arah. Kita pasti telah melakukan kesalahan yang mungkin tidak kita sedari.

Jika kita tetap menjalani apa yang kita lakukan sekarang ini, maka kemungkinan kita akan TERUS TENGGELAM. Namun jika kita merasa makin kaya, maka melangkahlah makin cepat. Berlarilah! Kerana haluan kita sudah betul.

JANGAN HANYA MENCUBA, SEPATUTNYA ANDA PERLU LAKUKAN!

Ini lagi satu PUNCA KEGAGALAN!

Kebanyakkan anda hanya mencuba untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Masalahnya di sini ialah, setiap kali anda mencuba, anda sebenarnya membuat persiapan untuk menemui kegagalan pada diri anda.

Realitinya anda tidak boleh mencuba untuk melakukan sesuatu. Ia hanya ada dua pilihan, samada anda mahu LAKUKAN atau TIDAK. Jadi sebenarnya tiada istilah MENCUBA untuk berjaya.

Minda anda mungkin menolak konsep ini, tetapi ia adalah benar. Anda mungkin berkata,? Saya telah mencuba bermacam-macam perkara itu dan ini, dan akhirnya saya berjaya juga?. Okey, anda berjaya apabila anda berhenti mencuba dan mula melakukannya.

Anda telah lakukan apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda. Jadi pelajaran dan pengajarannya di sini ialah anda tidak boleh berjaya selagi anda mencuba. Tetapi apabila anda berhenti mencuba dan mula lakukan anda boleh mula mengharapkan keputusannya.

Bila seseorang mencuba program pembangunan diri, mereka serta-merta menjuruskan diri mereka ke arah kegagalan. Mencuba merupakan binaan-dalam kepada kegagalan kerana jika kita mencuba sesuatu dan tidak berjaya, kita biasanya hanya mampu berkata tak mengapa, sekurang-kurangnya aku telah mencuba.

Tetapi itu menunjukkan anda tidak dapat apa yang anda mahukan.
Masalahnya di situ ialah, anda hanya boleh mempunyai dua perkara dalam hidup iaitu, alasan atau jawapan. Dengan kata lain, samada anda memiliki apa yang anda mahukan atau anda memiliki sebab atau alasan mengapa anda tidak dapat memiliki apa yang anda mahukan. Tetapi di sana tidak ada jalan tengah.

Maknanya di sini ialah, kejayaan atau kegagalan adalah berdasarkan kepada tindakan anda samada anda terus melakukan atau hanya mencuba untuk lakukan.

Mereka yang mencuba saya jamin akan gagal. Mereka yang lakukan (tindakan berterusan sehingga mereka mendapat keputusan yang mereka inginkan) adalah orang-orang yang mencapai impian hebat yang mereka idam-idamkan selama ini.

BERTINDAK SEKARANG!!











Jika kita cenderung mengalami kemerosotan dalam taraf kehidupan, maka saatnya sekarang bertukar arah! Ubah arah kita dan jangan berlenggah lagi. Kena Berani Berubah. Kita telahpun melakukan kesalahan dan kesilapan! Kena betulkan!

Sekaranglah saatnya KITA berubah! Malas kita ubah menjadi RAJIN. Sombong kepada KERAMAHAN. Kesederhanaan kita dalam berfikir harus kita ubah menjadi lebih kreatif dan pintar. Kelalaian kita harus kita ubah dengan kewaspadaan. Waktu kita harus diisi penuh dengan aktiviti yang berfaedah. Fikiran negatif mesti berubah kepada fikiran positif.

Apakah mudah? Jangan bertanya lagi. Rasakan perubahan itu. Bila kehidupan kita sudah merasai sedikit nikmat kejayaan, maka kita lebih semangat untuk bertindak, bergerak lebih cepat, berfikir lebih kreatif dan kita terus melakukan perkara terbaik kerana perjalanan kehidupan kita menuju arah yang benar.

Ingat! Orang yang kaya semakin kaya, bukan kerana dia memiliki harta lebih banyak, namun kerana dia sudah berada dilaluan yang betul. Kejayaan yang dicapai telah membuat ‘kesan domino’ untuk kejayaan berikutnya!

Adakah anda BERANI BERUBAH??


KREDIT : DATUK DR MAZNAH HAMID ^^ ( IRON LADY )

Motivasi

MUTIARA KATA UNTUK MU

1) Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

2) Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyaipersepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

3) Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

4) Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

5) Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

6) Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap

Motivasi Diri

ORANG YANG TIDAK PERNAH MENCUBA, ADALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH GAGAL!

Kegagalan selalu dianggap sesuatu yang mengecewakan. Hal yang mengecewakan biasanya berkait dengan kegagalan.

Dalam hidup kita, berapa kali kita gagal? Cuba kita hitung sebaik mungkin kerana kita mungkin sudah melupainya.

Berapa kali kita putus cinta. Mungkin sekali, atau berkali-kali.

Berapa kali kita gagal temuduga kerja. Banyak lagi permohonan kita yang langsung tidak dibaca.

Kita juga mungkin kecewa kerana gagal peperiksaan. Kita cemerlang setiap kali ujian penggal, tetapi kita gagal peperiksaan sebenar. Anak-anak kita lepasan SPM lalu, ada juga yang gagal mendapat tempat di Universiti, yang sangat cemerlang pun gagal dapat tajaan.

Kita juga mungkin pernah berpengalaman gagal mendapatkan projek - tetapi kertas cadangan kita pula dengan jayanya dicuri orang!

Tidak susah juga untuk kita gagal memikat hati keluarga mertua - apabila kita tidak dapat mengatur hidup mengikut selera mereka.

Kita juga mungkin selalu gagal mendapat apa yang kita hajatkan - mendapat calon suami atau isteri yang kita idamkan, sebaliknya mendapat orang lain yang tidak pernah kita bayangkan.


Jadi - apa kena mengena kegagalan ini dengan hidup manusia. Kegagalan itu sebahagian dari hidup kita. Kegagalan itulah yang menghidupkan kita. Kegagalan itulah yang menjadi teman kita setiap hari. Ia adalah milik setiap orang.

Ada yang masih kita ingati, ada yang sudah kita lupakan. Tetapi, lambat laun akan ada kegagalan baru yang sedang menanti kita. Kita bukan sempurna. Kalaupun kita mampu merancang dengan baik - tetapi perancang sebenar tetap Tuhan yang berada di atas segala-galanya.

NAPOLEAN Hill pernah berkata: “ … orang-orang yang tidak berjaya untuk mencipta kejayaan di dalam hidupnya mempunyai sesuatu yang serupa. Mereka semuanya tahu kenapa mereka gagal.”

Terlalu banyak peluang dan segala macam kebaikan yang dapat memberi faedah berada di sekeliling kita. Kita tidak dapat untuk melaksanakannya atau terbiar begitu sahaja kerana kita tiada kesanggupan untuk melaksanakannya. Segala apa yang telah kita rancangkan akan lenyap seolah-olah tidak pernah sekalipun kita terfikir untuk mahu mencapai kejayaan.

Terdapat banyak faktor yang berada di dalam diri anda atau di sekeliling kita yang menjadi penyebab kepada kegagalan kita untuk mencipta kejayaan selama ini. Kenalpasti semua faktor ini sekarang, kerana kita sudah tiada masa untuk terus menerus gagal.

Benarkah orang yang tidak pernah mencuba, adalah orang yang tidak pernah gagal?

Jika anda tidak bermula, tak mungkin anda akan habiskan…!