Kredit : Resepi Rainbow Cupcake ( Kelas Kek CCH )
Resepi : Camalia Cake House
Gambar : Camalia Cake House
Olahan : Camalia Cake House
VERSI HOMEMADE 1
Bahan-Bahan
Telur Ayam A 5Biji
1 sdt Esen Vanilla
2 sdb Ovalete
3 sdb Minyak Masak/Jagung/
3 sdb Air Masak
1 1/3 Cawan Tepung PriMIX Cupcake CCH
Cara-Cara
( Sebelum itu, yang penting dan wajib rendam dan cuci bersih telur ayam )
( Lap telur hingga kering menggunakan kain bersih )
( CCH lebih selesa letak/pecahkan telur ke dalam bekas lain sebelum dimasukan ke dalam mixer, tujuannya adalah dapat mengasingkan kulit telur jika ada yang termasuk/terikut semasa pecahkan telur )
( Mixer yang bersih, kering dan 5 biji telur ayam sedia untuk dimixer )
1 ) Mixerkan 5biji telur ayam tadi secara serentak
( Mixer sedang memutar telur )
2 ) Masukkan 1sdt Esen Vanilla
3) Masukkan 2sdb Ovalete
( Telur + Esen Vanilla + Ovalete yang telah bertukar menjadi warna putih, kembang mixerkan lagi selama 5minit sehingga menjadi marguine )
( Sediakan Tepung PreMIX Cupcake CCH )
( Telur yang telah kembang )
( Inilah yang dikatakan MARGUINE atau BERTANDUK )
4 ) Masukkan Tepung PreMIX CCH - Sambil Kaupbalikkan adunan
( Adunan yang dikaupbalikkan- P/S: Jangan masukkan sekaligus tepung PreMIX tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengaupbalikkan adunan )
5 ) Masukkan 3sdb Air Masak
5 ) Masukkan lebihan Tepung PreMIX tadi ( Sekiranya anda telah masukkan 1 cawan tepung PreMIX, Masukkan lebihan tepung PreMIX 1/3tadi )
6 ) Kemudian masukkan bahan yang terakhir iaitu 3sdb Minyak Masak.
( Panaskan oven terlebih dahulu )
( Sediakan Kertas/Cup Cupcake - Contoh diatas adalah size Medium )
( Bahagikan adunan kepada 4 bahagian )
( Sediakan pewarna/perisa kegemaran )
( Adunan yang diletakan pewarna/perisa )
( Adunan yang telah diletakkan pewrana/perisa dan telah dikacau sebati )
Cara Melapis/Mencorak Cupcake Rujuk Disini ----> Sini
( Cupcake yang telah siap dicorakkan )
7 ) Bakar pada suhu 180c selama 15minit atau mengikut oven masing-masing
( Hasilnya..^_^ )
Bahagia rasanya dapat memberi tutorial di blog ini, untuk anda yang baru belajar untuk membuat saya percaya anda mampu melakukanya jika ada minat dan semangat yang tidak mudah putus asa
Semoga Tutorial bergambar ini mampu untuk membantu anda sedikit tentang Cupcake
Selamat Mencuba..
^_^





























Selamat Mencuba ^_^
BalasPadam